Red Kebaya

Blogspot dianggarkan bernilai $ 679,466,880.00. Siapa mau beli???

blogspot.com mempunyai ranking trafik global 13 dalam dunia. Laman ini dianggarkan bernilai US Dollar $ 679,466,880.00 dan mempunyai pendapatan harian sekitar $ 629,136.00 Dolar Amerika Syarikat. Oleh kerana tiada ancaman yang aktif dilaporkan baru-baru ini oleh pengguna, blogspot.com adalah SELAMAT untuk dilayari.

-Red Kebaya

Najib perlu jelas kondo RM110 juta milik anak tirinya

PKR hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pembelian sebuah unit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York oleh anak tirinya, Riza Shahriz Abdul Aziz, seperti dilaporkan sebuah portal berita baru-baru ini.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata Najib mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi penjelasan kerana ia berkaitan tentang ketelusan dan akauntabiliti.
"Perdana Menteri harus memberikan penjelasan kerana ia merupakan piawaian ketelusan dan akauntabiliti negara yang mengamalkan politik matang.
"Pihak yang terlibat dengan dana awam menjadi tanggungjawab kepada mereka menjelaskan dan membuktikan sumber dana itu sah dan tidak berkaitan dengan dana awam," kata beliau kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini.
Sabtu lalu, portal berita Sarawak Report mendakwa Riza membeli sebuah kondominium tujuh bilik pada 19 November tahun lalu di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Riza merupakan anak kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan sebelumnya.
Rafizi berkata dengan pendapatan Riza Shahriz yang pernah berkhidmat dalam beberapa firma sebelum ini tidak akan mampu membeli kondominium berharga RM110 juta.
"Jika gajinya beberapa juta ringgit sebulan barulah dia boleh kumpul wang sebanyak itu dan umurnya sama dengan saya. Kita tahu berapa pendapatan pegawai bank. Beliau pernah berkhidmat dengan firma audit KPMG dan HSBC di London.
“Pendapatannya kira-kira £8,000 sebulan, ditolak dengan cukai 40% dan insurans 11%. Pendapatan yang tinggal hanya £4,000 sebulan. Saya pernah tinggal di London, £4,000 sebulan ditolak perbelanjaan kereta dan kos sara hidup lain, jumlah yang boleh disimpan £3,000 sebulan atau £36,000 setahun bersamaan RM150,000,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata berdasarkan laporan media, Riza Shahriz menceburi pelaburan bidang perfileman menggunakan wang pelabur dari Asia dan Asia Tengah.
“Kita nak tahu siapa pelabur yang mempunyai wang sebegitu banyak. Mengikut laporan, dana yang disalurkan tidak mengikut cara biasa memerlukan sokongan bank dan jaminan. Sebab itu lebih cepat kerana mempunyai dokongan pelabur yang tidak diketahui.
"Saya pasti itu bukan wang simpanannya. Biarpun simpanan daripada kecil seperti ibunya. Saya jamin tak cukup sebanyak itu,” katanya yang mendakwa penerangan daripada Riza Shahriz akan menghapuskan kecurigaan awam dan menolak tanggapan wang itu datang daripada bantuan keluarga.
Selepas sidang media tersebut, Rafizi membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya kepada empat blog Umno yang bertanggungjawab menyebarkan berita dan emel palsu untuk mewujudkan suasana huru-hara.
Katanya, penyebaran berita palsu itu boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mewujudkan suasana panik yang jelas melanggar undang-undang dan berbahaya.
“Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selalu menangkap anak muda yang sering menulis di Facebook yang tidak disenangi pemerintah. Jika PDRM tegas dalam perkara kecil seperti komen di
Facebook, mengapa mereka tidak memanggil blogger Umno yang secara terang melanggar undang-undang.
“Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di sebalik emel palsu, jelaslah polis hanya menjadi alat Umno bagi tujuan politik mereka,” katanya yang turut menyebut plot menggulingkan kerajaan hanyalah taktik Barisan Nasional menutup kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barang.

Berebut harta jutaan ringgit- Apa Nak Jadi?

Subang Jaya: “Saya terpaksa merangkak di dalam longkang untuk menyelamatkan diri daripada serangan adik ipar. Dia bagaikan dirasuk apabila memecah masuk rumah saya dan mempersoalkan soal pembahagian harta arwah suami bernilai jutaan ringgit.
“Akibat penderaan mental yang dialami, setiap hari saya trauma memikirkan keselamatan diri bersama seorang anak perempuan kerana keluarga mentua juga sering memperhatikan tindak-tanduk saya menunggu kesempatan untuk mengancam keselamatan saya,” kata warga emas, Zainab, 55.
Katanya, dia hidup umpama pelarian selepas suaminya yang juga seorang pegawai kanan kerajaan meninggal dunia tahun lalu, kerana bimbang di apa-apakan, salah seorang daripada adik iparnya yang mengancam mahu membunuhnya termasuk menuduh dia melarikan barang kemas milik keluarga mentua.

Dalam kejadian sekitar Mac lalu itu, dia yang sedang tidur di rumahnya di Alor Setar dikejutkan dengan jeritan adik ipar di dalam rumah yang menuduhnya mencuri barang kemas keluarga dan mengugut mahu membunuhnya.
Saya bersama anak perlahan-lahan keluar ikut pintu dapur untuk meminta tolong dan terpaksa merangkak sejauh 50 meter di dalam longkang untuk ke rumah jiran sebelum pengsan dan diselamatkan. Sebaik sedar, saya terus membuat laporan polis,” katanya.
-hmetro

Kutub menyongsang pada 2015?

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


-sinar harian

Israk & Mikraj: Menyingkap rahsia angkasa lepas

DALAM kalendar hijriah terdapat banyaknya hari kebesaran Islam yang bisa membanggakan umat Islam seantero dunia. Maulidur Rasul, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban, Awal Muharam termasuklah istimewanya peristiwa Israk wal Mikraj.

Malam menjadi saksi

ALLAH SWT berfirman: “Maha Suci ALLAH, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Israa’: 1)

Israk wal mikraj dianggap sebagai satu peristiwa agung dialami kekasih ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW sekali gus menzahirkan kekuasaan ALLAH yang tidak ada sebarang hadnya.

Pendakwah Bebas dan juga Mursyid Imam Muda, Ustaz Shahrizan Daud at-Turabi, menjelaskan, Israk dan Mikraj didefinisikan sebagai perjalanan waktu malam Rasulullah SAW diiringi Malaikat Jibril dari Masjidil Haram, Makkah ke Masjidil Aqsa, Palestin lalu naik melebihi langit ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan ALLAH. Baginda SAW menunggang buraq (sejenis haiwan),

“Perjalanan Rasulullah SAW  hanya mengambil masa tidak lebih daripada 12 jam, bayangkan betapa lajunya buraq membawa Rasulullah SAW merentasi angkasa untuk bertemu Maha Pencipta.

“ALLAH mahu menunjukkan kekuasanNya, kenapa peristiwa berkenaan berlaku di waktu malam. Di sebalik kepekatan malam, tersimpannya banyak rahsia alam. Malam lebih menampakkan keagungan ALLAH berbanding waktu siang, walaupun suasana cerah tetapi di siang hari kita hanya melihat bumi kerana disempadankan dengan cahaya matahari,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, tidak ada yang mustahil bagi ALLAH kerana Dia mampu untuk membawa Nabi berjumpaNya di bumi, namun Dia mahu manusia mengkaji dan menyelongkar ciptaanNya di luar bumi yang dipanggil angkasa lepas.

Analogi Rasulullah  

Sebenarnya ilmu astronomi banyak diceritakan dalam al-Quran antaranya  surah Yaasin ayat 40, surah ar-Ra’d ayat 2, surah Yunus ayat 5 dan 6 dan surah Ali Imran ayat 190 dan 191.

Presiden Kelab Astronomi Amatur Malaysia, Shahrin Ahmad berpendapat, daripada pandangan sains mengatakan Nabi Muhammad SAW diisrakkan ke Masjidil Aqsa, jika zaman dahulu seseorang itu perlu menaiki unta dan ia pastinya mengambil masa lebih kurang sebulan perjalanan, waktu dahulu tidak ada roket atau kapal terbang menyebabkan perbandingan tidak boleh dilakukan.

“Tetapi sekarang sudah ada kemajuan. Apabila kita melihat sudut kelajuan buraq yang dikatakan sejauh mata memandang sepantas kilat. Dalam kes ini Nabi diisrakkan ke Masjidil Aqsa dan dimikrajkan ke langit ketujuh kurang daripada 12 jam, jika dilihat daripada hukum fizik, andai kata kita bergerak selaju cahaya itu pun akan mengambil masa untuk sampai ke langit.

 “Contohnya apabila ia bergerak hampir mencapai 300,000 kilometer sesaat, jika nak bayangkan laju cahaya katakan kita naik kereta kancil dan jadikan cahaya sebagai minyak, selepas itu kita terbersin dan kaki terpijak tempat minyak, satu saat kita terpijak kita sudah bergerak tujuh setengah kali mengelilingi bumi,” ulasnya dalam ceramah khas Israk & Mikraj antara Islam dan Sains pada 15 Jun baru-baru ini di Dewan Solat Masjid Tabung Haji Kelana Jaya.

Pengasas portal dan komuniti Falak Online (www.falakonline.net) berkata, apabila memerhati dari sudut skala angkasa lepas, cahaya daripada bulan mengambil masa lebih kurang 1.4 saat. Sekejap bukan. Cahaya daripada matahari yang kita tengok setiap hari, ia bergerak ke angkasa lepas dan sampai ke bumi mengambil masa lapan minit. Belakang matahari ada banyak bintang, dalam banyak bintang ada satu bintang paling hampir dengan matahari dikenali sebagai Alpha Centauri, cahaya dari bintang itu mengambil masa empat tahun,  maknanya jika kita menggunakan hukum fizik kelajuan cahaya, untuk sampai ke bintang paling dekat pun mengambil masa empat tahun, apatah lagi untuk ke langit ke tujuh.

Jika Nabi SAW mengumpamakan kelajuan buraq itu seperti kilat, kemungkinan besar ia adalah analogi Nabi SAW bagi memahamkan masyarakat pada zamannya.

Kaji ikut hukum fizik

“Saya  tidak mengatakan sains menafikan peristiwa Israk Mikraj, tetapi sains menunjukkan bahawa hukum alam sebenarnya adalah hukum yang terkandung dalam ruang lingkup alam semesta yang kita duduki. Hukum di langit yang lain seperti langit keempat, kelima kita tidak tahu, dan ia mungkin berbeza.

“Apa yang penting, kita yakin dan percaya bahawa Israk Mikraj adalah mukjizat Nabi yang mana kita sebagai umat Islam perlu beriman, tidak perlu fikir logik, anggap ia sebagai anugerah. Berbeza dengan ahli astronomi barat yang mengkaji berdasarkan kepada hukum fizik yang sememangnya ada had,” jelasnya.

Menurutnya, bidang astronomi atau ilmu falak adalah suatu bidang yang kita hanya boleh memerhati dan bukannya boleh disentuh seperti bidang biologi dan bidang-bidang lain.

ALLAH berfirman: “ Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garisnya”. (Surah Yaasin: 40)

Betapa tersusunnya ALLAH mencipta galaksi bukannya berserabut dan ia dipanggil sebagai struktur alam semesta yang paling besar. Dari pandangan jauh, astronomi menjelaskan bahawa masih lagi menjumpai galaksi dan bintang. Persoalannya adakah yang kita lihat ini sudah mencapai hujung langit pertama atau baru separuh?

Jika kita mahu sampai ke penghujung alam semesta setakat pengetahuan manusia hari ini, itu pun mengambil masa hampir 14 bilion tahun, kerana itulah kita perlu beriman dan usah memeningkan kepala untuk berfikir mengenai Israk Mikraj.

-Sinar Harian

Kisah dahsyatnya siksa di alam kubur

Kredit : Tulahan

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa’ bin Aazib r.a. berkata:

“Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda:

“Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.”. Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali.” Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil:

“Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya.”
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi:

“Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya:

“Roh siapakah yang harum ini?” Dijawab: “Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh,

maka Allah berfirman: “Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.”

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: “Apakah agamamu?” Maka dijawab: “Agamaku Islam” Ditanya lagi:
“Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengahtengah kamu?” Dijawab: “Dia utusan Allah”. Lalu ditanya:

“Bagaimanakah kamu mengetahui itu?” Maka dijawab: “Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya” Maka terdengar suara: “Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata.”

Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata:
“Terimalah kabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah
kepadamu.”

Lalu bertanya: “Siapakah kau?” Jawabnya: “Saya
amalmu yang baik.” Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat
supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan kawanku.”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata:
“Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah.” Maka tersebar
disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?”

Dijawab: “Roh fulan bin fulan.” dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: “Laa tufattahu lahum abwabus samaa’i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath.” (Yang Bermaksud) “Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum.”
Kemudian diperintahkan: “Tulislah orang itu dalam sijjin.” Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat “Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama’i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq.”
(Yang bermaksud) “Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam.”
Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: “”Siapa Tuhanmu?” Maka dijawab: “Saya tidak tahu”. Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Saya tidak tahu”. Lalu ditanya:
“Bagaimanakah kamu mengetahui itu?” Maka dijawab: “Saya tidak
tahu” Maka terdengar suara seruan dari langit: “Dusta hambaku,
hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka,
maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya
sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: “Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.” Lalu ia bertanya:
“Siapakah kau?” Jawabnya: “Aku amalmu yang jelek.” Lalu ia
berkata: “Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan
percepatkan kiamat.”
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: “Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah.”
(Yang bermaksud) “Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah.” Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang
didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil
dikatakan kepadanya:

“Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka
Tuhammu ketempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah
keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu
yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin.”
Alfaqih Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari
Abdullah bin Umar r.a. berkata:

“Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.
Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”
Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat yaitu:

1. Menjaga sembahyang lima waktu
2. Banyak bersedekah
3. Banyak membaca al-quran
4. Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.
Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1. Dusta
2. Kianat
3. Adu-adu
4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab
umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah
dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Innallahha ta’ala kariha lakum
arba’a: Al’abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira’ati, warrafatsu
fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud)
Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam
sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur.”
Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: “Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kuburkubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya.”
Sufyan Atstsauri berkata: “Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka.”

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: “Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubunubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segerasegera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur,
ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat.”

Ingatlah sesudah itu ada hari (saat) yang lebih ngeri, hari
dimana anak kecil segera beruban dan orang tua bagaikan orang
mabuk, bahkan ibu yang meneteki lupa terhadap bayinya dan wanita
yang bunting menggugurkan kandungannya dan kau akan melihat
orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk khamar, hanya siksa Allah s.w.t. yang sangat ngeri dan dahsyat.
Ingatlah bahawa sesudah itu ada api neraka yang sangat
panas dan suram dalam, perhiasannya besi dan sirnya darah
bercampur nanah, tidak ada rahmat Allah s.w.t. disana. Maka kaum
muslimin yang menangis. lalu ia berkata: “Dan disamping itu ada
syurga yang luasnya selebar langit dan bumi, tersedia untuk orangorang yang takwa. Semoga Allah s.w.t. melindungi kami dari siksa yang pedih dan menempatkan kami dalam darunna’iem (Syurga yang serba kenikmatan).
Usaid bin Abdirrahman berkata: “Saya telah mendapat
keterangan bahawa seorang mukmin jika mati dan diangkat, ia
berkata: “Segerakan aku.”, dan bila telah dimasukkan dalam lahad
(kubur), bumi berkata kepadanya: “Aku kasih padamu ketika diatas
punggungku, dan kini lebih sayang kepadamu.” Dan bila orang kafir
mati lalu diangkat mayatnya, ia berkata: “Kembalikan aku.” dan bila
diletakkan didalam lahadnya, bumi berkata: “Aku sangat benci
kepadamu ketika kau diatas punggungku, dan kini aku lebih benci lagi
kepadamu.”
Usman bin Affan r.a. ketika berhenti diatas kubur, ia menangis, maka ditegur: “Engkau jika menyebut syurga dan neraka tidak menangis, tetapi kau menangis kerana kubur?” Jawabnya: “Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Alqabru awwalu manazilil akhirah, fa in naja minhu fama ba’dahu aisaru minhu, wa in lam yanju minhu fama ba’dahu asyaddu minhu.” (Yang bermaksud)”Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur, maka yang dibelakangnya lebih ringan, dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang dibelakangnya lebih berat daripadanya.”
Abdul-Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: “Ketika aku duduk bersama Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan berkata: “Kami rombongan haji dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai didaerah Dzatishshahifah, tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya, tiba-tiba ada ular sebesar lahad, maka kami
tinggalkan dan menggali lain tempat juga ada ular, maka kami biarkan dan kami menggali lain tempat juga kami dapatkan ular, maka kami biarkan dan kini kami bertanya kepadamu, bagaimanakah harus kami perbuat tehadap mayat itu?”

Jawab Ibn Abbas r.a.: “Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kubur sajan demi Allah andaikan kamu galikan bumi ini semua niscaya akan kamu dapat ular didalamnya.” Maka mereka kembali dan menguburkan mayat itu didalam salah satu kubur yang sudah digali itu dan ketika mereka kembali kedaerahnya mereka pergi kekeluarganya untuk mengembalikan barang-barangnya sambil bertanya kepada isterinya apakah amal perbuatan yang dilakukan oelh suaminya?

Jawab isterinya: “Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia mengambil sekadar untuk makanannya sehari, dan menaruh tangkaitangkai gandum itu kedalam karung seberat apa yang diambilnya itu.”
Abul-Laits berkata: “Berita ini menunjukkan bahawa kianat itu salah satu sebab siksaan kubur dan apa yang mereka lihat itu sebagai peringatan jangan sampai kianat.”
Ada keterangan bahawa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali dengan berkata:

1. Hai anak Adam, anda berjalan diatas punggungku dan
kembalimu didalam perutku.
2. Hai anak Adam, anda makan berbagai macam diatas
punggungku dan anda akan dimakan ulat didalam perutku.
3. Hai anak Adam, anda tertawa diatas punggungku, dan akan
menangis didalam perutku.
4. Hai anak Adam, anda bergembira diatas punggungku dan akan
berduka didalam perutku.
5. Hai anak Adam, anda berbuat dosa diatas punggungku, maka
akan tersiksa didalam perutku.

Amr bin Dinar berkata: “Ada seorang penduduk kota
Madinah yang mempunyai saudara perempuan dihujung kota, maka
sakitlah saudaranya itu kemudian mati, maka setelah diselesaikan
persiapannya dibawa kekubur, kemudian setelah selesai menguburkan dan kembali pulang kerumah, ia teringat pada kantongan yang dibawa dan tertinggal dalam kubur, maka ia minta bantuan orang untuk menggali kubur itu kembali, dan sesudah digali kubur itu maka bertemulah dia akan kantongannya itu, ia berkata kepada orang yang membantunya itu: “Tolong aku ketepi sebentar sebab aku ingin mengetahui bagaimana keadaan saudaraku ini.” Maka dibuka sedikit lahadnya, tiba-tiba dilihatnya kubur itu menyala api, maka segera ia meratakan kubur itu dan kembali kepada ibunya lalu bertanya:
“Bagaimanakah kelakuan saudaraku dahulu itu?” Ibunya berkata: “Mengapa kau menanyakan kelakuan saudaramu, padahal ia telah mati?” Anaknya tetap meminta supaya diberitahu tentang amal perbuatan saudaranya itu, lalu diberitahu bahawa saudaranya itu biasanya mengakhirkan sembahyang dari waktunya, juga cuai dalam kesucian dan diwaktu malam sering mengintai rumah-rumah tetangga untuk mendengar perbualan mereka lalu disampaikan kepada orang lain sehingga mengadu domba antara mereka, dan itulah sebabnya
siksa kubur. Kerana itu siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur haruslah menjauhkan diri dari sifat namimah (adu domba diantara tetangga dan orang lain) supaya selamat dari siksaan kubur dan mudah baginya menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakier.
Alabarra’ bin Aazib r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Seorang mukmin jika ditanya dalam kubur, maka ia langsung membaca Asyhadu an laa ilaha illallah wa anna Muhammad abduhu warasuluhu, maka itulah yang tersebut dalam firman Allah:
Yutsabbitullahul ladzina aamanu bil qaulits tsabiti filhayatiddun ya wafil akhirah (Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan khalimah yang teguh dimana hidup didunia dan diakhirat (yakni khalimah laa ilaha illallah, Muhammad Rasullullah)
Dan ketetapan itu terjadi dalam tiga masa iaitu:
1. Ketika melihat Malakulmaut
2. Ketika menghadapi pertanyaan Mungkar Nakier
3. Ketika menghadapi hisab dihari kiamat
Dan ketetapan ketika melihat Malaikulmaut dalam tiga
hal iaitu:
1. Terpelihara dari kekafiran, dan mendapat taufiq dan istiqamah
dalam tauhid sehingga keluar rohnya dalam Islam
2. Diberi selamat oleh Malaikat bahawa ia mendapat rahmat
3. Melihat tempatnya disyurga sehingga kubur menjadi salah satu
kebun syurga.
Adapun ketetapan ketika hisab juga dalam tiga perkara
iaitu:

1. Allah s.wt. memberinya ilham sehingga dapat menjawab segala
pertanyaan dengan benar
2. Mudah dan ringan hisabnya
3. Diampunkan segala dosanya
Ada juga yang mengatakan bahawa ketetapan itu dalam
empat masa iaitu:

1. Ketika mati
2. Didalam kubur sehingga dapat menjawab pertanyaan tanpa
gentar atau takut
3. Ketika hisab
4. Ketika berjalan diatas sirat sehingga berjalan bagaikan
kecepatan kilat
Jika ditanya tentang soal kubur bagaimanakah bentuknya, maka ulama telah membicarakannya dalam berbagai pendapat. Sebahagiannya berkata pertanyaan itu hanya kepada roh tanpa jasad dan disaat itu roh masuk kedalam jasad hanya sampai didada. Ada pendapat berkata bahawa rohnyanya diantara jasad dan kafan dan sebaiknya seorang mempercayai adanya pertanyaan dalam kubur tanpa menanyakan dan sibuk dengan caranya.
Dan kita sendiri akan mengetahui bila sampai disana, maka bila ada orang menolak adanya soal Mungkar Nakier dalam kubur, maka penolakannya dari dua jalan iaitu:

1. Mereka berkata: “Ia tidak mungkin menurut perkiraan akal,
sebab menyalahi kebiasaan tabiat alam.”
2. atau mereka berkata: “Tidak ada dalil yang menguatkan.”
Pendapat pertama bahawa ia tidak mungkin dalam akal
kerana menyalahi kebiasaa tabiat alam. Pendapat ini bererti
menidakkan kenabian dan mukjizat, sebab para Nabi itu semuanya
dari manusia biasa dan tabiatnya mereka sama, tetapi mereka telah
dapat bertemu dengan Malaikat dan menerima wahyu, bahkan laut
telah terbelah untuk Nabi Musa a.s., demikian pula tongkatnya menjadi ular, semua kejadian itu menyalahi tabiat alam, maka orang yang menolak semua itu bererti keluar dari Islam. Jika ia berkata: “Tidak ada dalil.”, maka hadis-hadis yang diterangkan sudah cukup untuk menjadi alasan bagi orang yang akan mau terima.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: “Wa man a’rodho an dzikri fa inna lahu ma’i syatan dhanka wanah syuruhu yaumal qiyaamati a’ma.
(Yang bermaksud) “Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur).”
Demikian pula ayat: “Yu tsabbitulladzina aamanu bil qoulaits tsabiti filhayatiddunia wafil akhirati. (Yang bermaksud) “Allah akan menetapkan hati orang-orang mukmin dengan khalimah yang teguh didunia dan diakhirat.”
Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Saad bin Almusayyab dari Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Jika seorang mukmin telah masuk kedalam kubur, maka didatangi
oleh dua Malaikat yang menguji dalam kubur, lalu mendudukkannya
dan menanyainya, sedang ia mendengar suara derap sandal sepatu
mereka ketika kembali, lalu ditanya oleh kedua Malaikat itu: Siapa
Tuhanmu, dan apakah agamamu, dan siapa Nabimu, lalu dijawab:
Allah tuhanku, dan agamaku Islam dan Nabiku Nabi Muhammad s.a.w.

Lalu Malaikat itu berkata: Allah yang menetapkan kau dalam
khalimah itu, tidurlah dengan tenang hati. Itulah ertinya Allah
menetapkan mereka dalam khalimah hak. Adapun orang kafir zalim
maka Allah menyesatkan mereka dengan tidak memberi petunjuk
taufiq pada mereka, sehingga ketika ditanya oleh Malaikat: Siapa
Tuhanmu, apa agamamu dan siapa Nabimu, maka jawab orang kafir
atau munafiq: Tidak tahu. Maka oleh Malaikat dikatakan: Tidak tahu,
maka langsung dipukul sehingga jeritan suaranya terdengar semua
yang dialam kecuali manusia dan jin. (Dan andaikan didengar oleh
manusia pasti pingsan)
Abu Hazim dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Umar r.a : “Bagaimanakah kau hai Umar jika didatangi oleh kedua Malikat yang akan mengujimu didalam kubur iaitu Mungkar Nakier hitam keduanya kebiru-biruan siungkeduanya mengguriskan bumi, sedang rambut keudanya sampai
ketanah dan suara keduanya bagaikan petir yang dahsyat, dan matanya bagaikan kilat yang menyambar?” Umar bertanya: “Ya Rasullullah, apakah ketika itu aku cukup sedar sebagaimana keadaanku sekarang ini?” Nabi Muhammad s.a.w menjawab: “Ya.” Umar berkata: “jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq.”
Abul-Laits berkata: “saya telah diberitahu oleh Abul- Qasim bin Abdurrahman bin Muhammad Asysyabadzi dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tiada seorang yang mati melainkan ia mendengkur yang didengari oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pingsan, dan bila dihantar kekubur, maka jika solih (baik)
berkata: “Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada kebaikan, nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak baik maka berkata: “Jangan keburu, andaikata kamu mengtahui apa yang didepan aku daripada bahaya, nescaya kamu tidak akan keburu.
Kemudian jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh dua Malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh datang dari arahku sebab adakalanya ia semalaman tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu datang dari arah kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku, kerana ia pernah sedekah kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu ia datang dari kirinya maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut saat seperti ini, lalu ia dibangunkan bagaikan dibangunkan dari tidur, lalu ia bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu? Ia tanya: Siapakah itu? Dijawab: Muhammad s.a.w? Maka dijawab: Saya bersaksikan bahawa ia utusan Allah.

Lalu berkata kedua Malaikat:
Engkau hidup sebagai seorang mukmin, dan mati juga mukmin. Lalu
diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang
dikurniakan Allah kepadanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan
dipelihara serta dihindarkan dari hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kami dari siksa kubur kerana Nabi Muhammad s.a.w juga berlindung kepada Allah dari siksa kubur.”
A’isyah r.a. berkata: “Saya dahulunya tidak mengetahui
adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita
Yyahudi, minta-minta dan sesudah saya beri ia berkata: “Semoga Allah melindungi kamu dari siksa kubur. Maka saya kira keterangannya itu termasuk tipuan kaum Yahudi, lalu saya ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w maka Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepadaku bahawa siksa kubur itu hak benar, maka seharusnya seorang muslim berlindung kepada Allah s.w.t. dari siksa kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amal yang soleh, sebab selama ia masih hidup maka Allah s.w.t. telah memudahkan baginya segala amal soleh.
Sebaliknya bila ia telah masuk kedalam kubur, maka ia akan ingin kalau dapat diizinkan, sehingga ia sangat menyesal sematamata, kerana itu seorang yang berakal harus berfikir dalam hal orangorang yang telah mati, kerana orang-orang yang telah mati itu, mereka sangat ingin kalau dapat akan sembahyang dua rakaat, berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil, sebagaimana ketika didunia, tetapi tidak diizinkan, lalu mereka hairan pada orang-orang yang masih hidup menghambur-hamburkan waktu dalam permainan dan kelalaian semata-mata.
Saudaraku jagalah dan siap-siapkan harimu, sebab iasebagai pokok kekayaanmu, maka mudah bagimu mendapatkan atau mencari untung laba, sebab kini dagangan akhirat agak sepi dan tidak laku, kerana itu rajin-rajinlah kau mengumpulkan sebanyak mungkin daripadanya, sebab akan tiba masa dagangan itu sangat berharga sebab pada saat itu ia berharga, maka kau tidak akan dapat mencari atau mencapainya. Kami mohon semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk bersiap-siap menghadapi saat keperluan dan jangan sampai menjadikan kami dari golongan yang menyesal sehingga ingin kembali kedunia tetapi tidak diizinkan, juga semoga Allah s.w.t. memudahkan atas kami sakaratulmaut, dan kesukaran kubur, demikian pula pada semua kaum muslimin dan muslim

Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya

Kredit : Tulahan

Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk IslamnyaSunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.

Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan. 
Apakah ini berita bohong? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita, bahawa ini berita bohong.

Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. 
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh semasa pandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.

 Sunita mengatakan, dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah. 
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah.

Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal

Kredit : Harakah Daily

TURUN : Suara Rintihan Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR:Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),  Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
 “Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut  pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat   tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa  bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi berkata,  jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.

Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang  ditanggung rakyat bawahan.

“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat , apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome)  di kalangan pemimpin negara.
“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.

“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.

“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya.

Terkini Kemelut Politik Di thailand

kreddit: my metro

Bangkok: Lapan orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera sejak dua bulan lalu berikutan ketegangan politik yang kian memuncak hingga mendorong kepada pertempuran dengan polis Khamis lalu dan insiden tembakan kelmarin.
Seorang penunjuk perasaan antikerajaan maut dan tiga lagi cedera parah selepas ditembak lelaki tidak dikenali berhampiran kompleks kerajaan awal pagi kelmarin, kata petugas kecemasan. Empat lelaki berkenaan ditembak kira-kira jam 3 pagi dekat pintu pagar keempat kompleks kerajaan, menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok untuk Pusat Khidmat Perubatan Kecemasan Erawan.
Seorang lelaki turut ditembak ketika memandu berhampiran kompleks kerajaan kira-kira sejam kemudian, kata polis.
Penunjuk perasaan Yottana Aongart dari Chumpon ditembak di rusuk. Peluru dari rusuk kanan menembusi rusuk kirinya. Dia dimasukkan ke Hospital Klang tetapi meninggal tidak lama kemudian.
Yottana, 26, ialah mangsa kelapan yang maut dalam demonstrasi antikerajaan. Lima maut di Universiti Ramkhamhaeng pada awal bulan, manakala dua lagi terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis di Stadium Thai-Jepun di Din Daeng Khamis lalu. Lebih 300 cedera dengan sebahagiannya dalam keadaan parah.

Makcik dapat rm 1 juta berasa takut akan keselamatan diri, amankah Malaysia??

kredit: my metro

TAKUT DAPAT RM 1 JUTA

Seremban: “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.
Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru. 
“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja. 

“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.

Terhumban 30 meter

kredit : my metro

Georgetown: “Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.
“Melihat keadaannya itu, saya mendukung Khairul dan berlari mendapatkan bantuan,” kata Abu Kassim Yaacob, 41, bapa kepada Muhammad Khairul Naimmie Abu, 6, yang koma selepas terjatuh dari buaian berpusing ‘Euro Wheel’ di tapak pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini, awal pagi semalam.
Menurutnya, mujur ada seorang rakan yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudi menumpangkan kenderaannya untuk membawa anak yang parah itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa mengalami pendarahan dan cedera pada organ dalaman serta patah tulang rusuk. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Difahamkan, Khairul terjatuh dari ketinggian mencecah hampir 30 meter dan ketika itu, semua peniaga menutup operasi perniagaan masing-masing di tapak pesta berkenaan.
Mangsa dikatakan masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan, namun dia panik kerana bekalan elektrik diputuskan, membuka pintu lalu terjatuh.
Menceritakan kembali kejadian itu, Abu Kassim, yang juga peniaga di tapak pesta itu berkata, dia dimaklumkan beberapa rakan yang anaknya ditimpa kemalangan kerana terjatuh dari buaian berpusing itu.
Dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan Khairul yang lemah sebelum memangkunya tubuhnya untuk dibawa ke hospital.
Sejurus tiba di hospital, anaknya tidak sedarkan diri menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. “Doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang satu buah pinggang manakala limpa anak saya pecah serta usus perut terpaksa disambung,” katanya.
“Saya kemudian diminta menandatangani borang untuk pembedahan dan hanya mampu berdoa supaya Khairul selamat,” katanya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, namun melihatkan keadaan beberapa buaian berpusing yang pecah cermin, dia percaya Khairul terjatuh daripada tingkat yang tinggi sebelum terhempap ke bawah.
“Saya tidak dapat bayangkan penderitaan anak saya ketika dia terjatuh dan tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan kerana ketika itu, semua permainan di pesta mahu menghentikan operasi.
“Saya pelik kerana tidak mungkin operator yang menjaga permainan itu tidak menyedari anak saya masuk sedangkan jarak antara tempat kawalan buaian berpusing itu tidak jauh,” katanya.
Kata Abu Kassim, dia kini mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur yang dilihat cuai dan tidak menitik beratkan soal keselamatan.
“Saya tunggu hingga keadaan anak pulih dan mungkin akan mengambil tindakan kepada penganjur, namun buat masa ini saya hanya memikirkan keadaan anak terlebih dulu,” katanya.
Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis jam 4 pagi semalam dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ilmuwan Islam : Al-Farabi

Kredit : zaidirazali.com

AL-FARABI atau nama penuhnya Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Beliau merupakan seorang lagi saintis terkemuka Islam dan termashyur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.
Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik.
Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist’ yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mou’allim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.
Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).
Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah (metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah (muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.
Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah isntitusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan selama berkurun lamanya.

Fenomena salji di Mesir, kali pertama dalam 100 tahun

Mesir, sebuah negara yang terletak dibenua Afrika. Negara ini sememangnya terkenal dengan binaan piramidnya yang tergolong sebagai salah satu keajaiban dunia.

Pada tanggal Jumaat 13 Disember 2013, dunia dikejutkan dengan fenomena salji di tanah Mesir. Salji ini telah meliputi Kaherah dan menjadikan ia bandar yang putih dingin, pertama kali dalam tempoh 112 tahun.

Secara puratanya, Kaherah hanya menerima hujan kurang dari satu inci setiap tahun. Jadi, ia sememangnya panas.

Gambar di sebelah adalah di Semenanjung Sinai, salji menyelubungi pemandangan. Tentu kita akan menganggap fenomena ini sebagai satu kepelikkan dan susah untuk diterima logik akal. Kita saban hari memahami keadaan cuaca di Mesir adalah panas dan sememangnya kurang menerima hujan. Hampir mustahil untuk salji turun di kawasan yang yang diliputi sebahagian gurun Sahara.

Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai semua ini adalah kekuasaan dan kebesaran Allah. Tidak ada sesiapa malahan teknologi yang tercanggih pun mampu menghalangnya. Wallahualam

Kredit : Huffington Post