Bahan polisterin penyebab kanser

Kredit: Harakah Daily

SHAH ALAM: Inisiatif pembekalan bekas makanan dan minuman oleh Bahagian Sistem Kualiti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada 1,030 warga kerja diharap dapat mengurangkan penggunaan bekas polisterin di pejabat.

Pengurus Sistem Kualiti, Julina Ibrahim, berkata, langkah yang diperkenalkan sempena Program Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE) menunjukkan komitmen PKNS terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai tanda sokongan tidak menggunakan plastik.

Ia juga bagi memberi kesedaran kepada warga kerja PKNS mengenai bahaya penggunaan bekas pembungkus makanan polisterin kepada kesihatan diri.

“Selaras dengan piawaian di PKNS iaitu MS ISO 14001 : 2004, Pengurusan Alam Sekitar dan BS OHSAS 18001 : 2007, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, dalam usaha mendidik warga kerja PKNS mengenai bahaya penggunaan plastik dan polisterin dalam kehidupan seharian kita.

“Mengikut kajian, Agensi Penyelidikan Kanser Antrabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia,” katanya lagi.

Penolong Jurutera, Norhazwani Zulkepli, 28, berkata, langkah yang diambil oleh PKNS bagi mengurangkan penggunaan bekas polisterin adalah wajar kerana ia bukan sahaja mampu menyelamatkan bumi malah ia juga mampu melindungi diri dari bahaya polisterin ke atas kesihatan diri.

“Umum sedia maklum mengenai bahaya penggunaan polisterin ke atas kesihatan manusia kerana bahan-bahan kimia yang terdapat pada bekas ini akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian masuk ke tubuh kita.

“Melalui pemberian bekas makanan dan minuman yang dilakukan oleh PKNS ia mampu membendung masalah ini untuk terus berlaku,” katanya.

Penolong Juru Ukur Bahan, Abdul Rani Rahman, 54, berkata, masyarakat di Malaysia sudah lama terdedah dengan penggunaan polisterin, melalui pendekatan yang dilakukan oleh PKNS ia dapat memberi kesedaran kepada warga kerja PKNS khususnya mengenai pentingnya memelihara alam sekitar.

“Polisterin mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia sukar terurai, malah ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk dimusnahkan secara semula jadi.

“Pemberian bekas makanan dan minuman secara percuma oleh PKNS kepada warga kerja adalah langkah yang murni untuk menggalakkan pengurangan penggunaan bahan bahaya seperti polisterin kepada kaedah pembungkusan makanan yang lebih mesra alam,” katanya yang sudah berkhidmat di PKNS selama 34 tahun.

Sementara itu, Julina berharap agar inisiatif berkenaan berjaya dan mampu memberi kesedaran kepada warga PKNS agar dapat mengurangkan penggunaan polisterin di pejabat. - Bernama

Pen Tanpa Menggunakan Dakwat.

Kredit: Pininfarina
Firma pereka bentuk kereta, Pininfarina telah mencipta pen tanpa dakwat di mana hujung untuk menulis diperbuat daripada logam yang akan menulis tanpa dibimbangi kehabisan dakwat untuk SELAMA-LAMANYA!

Kita boleh bayangkan menulis dan melukis dengan pensil grafit tetapi ia kekal dan tidak akan pudar seperti pen atau pensil biasa. Pen ini diberi nama 4.EVER , sesuai dengan fungsinya yang akan menulis tanpa kekeringan dakwat untuk selama-lamanya. Rekaannya menggunakan tiub aluminium yang dimesin dan disisipkan dengan kayu menjadikan ia tampak mewah. 

Percaya atau tidak, dalam pen ini tiada rongga untuk mengisi dakwat. Dihujung pen ini diperbuat daripada  logam aloi yang dikenali 'ethergraph' . Logam inilah akan menzahirkan tulisan apabila anda menulis. Jadi anda boleh menulis semahu-mahunya dengan menggunakan sebatang pen ini sepanjang hayat anda. Tetapi jangan tersilap, pen ini tidak berfungsi di atas kertas biasa. Pen ini akan dijual bersama buku nota di mana setiap helaian kertasnya deperbuat daripada serbuk batu yang kalis air dan mesra alam.

-Red Kebaya


Hijab Stalista : Hanya Sekadar Fesyen

Rancangan hijab stalista mengetengahkan rekaan fesyen kotemporari yang menampilkan pelbagai rekaan terkini untuk para muslimah yang bertudung. Tetapi adakah rekaan fesyen muslimah ini menepati tuntutan yang digariskan Islam untuk kaum hawa menutup aurat mereka? Bagi menjawab persoalan ini mari kita rujuk gambar di sebelah.  Sila klik gambar untuk besarkan. Dari gambar ini, diharap para muslimah memahami kaedah yang betul dalam menutup aurat. Satu pertanyaan, adakah rancangan tersebut berjaya memenuhi matlamat dalam menutup aurat jika dirujuk gambar sebelah? Tepuk dada tanyalah iman. Bagi saya, rancangan tersebut tidak ubah seperti rancangan fesyen biasa yang hanya sekadar memperagakan fesyen.

-Red Kebaya

Giliran Rebecca Nur Al-Islam pula berhijab.

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain. 

Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut. 

"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.


Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut

Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.


"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.

"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," ujarnya. 


-Kelab Greenboc

Nak cuba buat sirap/kopi/teh tiga layer??

Sebenarnya dah lama saya teringin nak tahu bagaimana minuman ini dibuat berlapis. Apakah teknik yang diguna untuk minuman ini jadi berlapis? Jom kita cuba try test tengok.....

Bahan-bahan:
300 ml Pati gula melaka/nissan (cara nak menghasilkannya, rebuslah 5 kerek gula melaka ke dalam 300ml air tapis. Kemudian sejukkan)
1 tin Susu cair
Pati teh/Pati Sirap Ros/Pati Kopi (Bancuh dengan air panas kemudian sejukkan_.
Ais

Cara membuatnya:
1. Tuangkan gula melaka terlebih dahulu. Kemudian isi ais memenuhi gelas

2. Tuangkan susu cair dengan perlahan ke atas ais

3. Kemudian diikuti sirap/teh/kopi. Beginilah hasilnya.
SELAMAT MENCUBA

Saya google ja resipi ini. Sumber resipi : Ceria Resipi

10 negara dengan kelajuan internet terpantas. malaysia???

10. Taiwan
Dengan kelajuan 39.5 megabit sesaat atau Mbps, Taiwan yang mempunyai populasi 23.3 juta orang itu mengalami peningkatan penggunaan internet sehingga 22 peratus. Negara itu juga kini aktif dalam industri teknologi maklumat dengan beberapa syarikat popular lahir di sini seperti HTC dan ASUS.
9. Belgium
Negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) yang menempatkan ibu pejabat seperti NATO ini mempunyai kelajuan internet 39.9 Mbps. Belgium mempunyai penduduk sebanyak 11.1 juta orang dengan ibu negaranya, Brussels.
8. Israel
Negara ini mempunyai beberapa syarikat teknologi seperti Waze. Ia juga mempunyai pelan jalur lebar jangka panjang walaupun berdepan konflik. Kapasiti kelajuan internet di negara ini adalah sepantas 40.1 Mbps.
7. Switzerland
Popular dengan hab sebagai pusat kewangan dunia, Switzerland mempunyai purata kelajuan internet 41.4 Mbps. Ia meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding tahun lepas. Negara ini mempunyai populasi sebanyak 8 juta orang.
6. Latvia
Latvia bukanlah negara yang popular di Eropah malah ia juga langsung tidak terkenal dalam penghasilan dan pengeluaran bakat-bakat teknologi tetapi negara itu mempunyai kelajuan internet sehingga 44.6 Mbps.
5. Singapura
Populasi Singapura hanya 5.4 juta tetapi ia telah menjadi hab serantau yang popular memiliki kepantasan internet 45.6 Mbps iaitu 59 peratus lebih tinggi berbanding purata kelajuan seluruh dunia iaitu 18.9 peratus.
4. Romania
Ibu negaranya ialah Bucharest dan Romania mempunyai kepantasan internet 47.5 Mbps dengan populasi seramai 20.1 juta orang. Ia mempunyai industri yang hebat seperti telekomunikasi, aeroangkasa dan persenjataan.
3. Jepun
Negara yang bukan saja terkenal dengan 'manga' atau komik ini tetapi juga mempunyai kepakaran dalam elektronik. Lihat sajalah nama-nama gah seperti Sony, Panasonic, Nikon, Canon dan banyak lagi. Menariknya, kerajaan negara itu amat mementingkan kelajuan internet melebihi perkara lain dalam agenda negara. Jepun mempunyai populasi sebanyak 127.2 juta orang. Kelajuannya? 48.8 Mbps.
2. Korea Selatan
Kalau ada yang pernah ke negara ini, mereka pasti bersetuju Korea Selatan memang mempunyai kepantasan internet yang mengagumkan dan anda boleh mendapatkan wifi di kebanyakan tempat dengan percuma.. Ia ditambah dengan industri game online yang semakin bercambah. Tambahan pula, terdapat mengatakan kadar untuk membeli kelajuan 100Mbps hanyalah kira-kira RM100 saja. Kini Korea Selatan mempunyai purata kelajuan internet selaju 53.3 Mbps.
1. Hong Kong
Hong Kong mempunyai penduduk sebanyak 7.2 juta orang tetapi keluasan negara sebanyak 1,104 kilometer persegi itu (Malaysia mempunyai 329,847 kilometer persegi) dengan kelajuan internet 65.1 Mbps. Anda boleh muat turun filem HD yang berkapasiti 1GB mungkin dengan hanya kurang tiga minit?
Di manakah kedudukan Malaysia? Menurut Akamai Technologies, pada suku pertama tahun ini, kelajuannya adalah 2.7 Mbps.<-----LOL
-Daunpisang

Kenali air terjun tertinggi di dunia, Angel Fall

Angel Fall merupakan air terjun yang terletak di Venezuela. Ia terletak di Rio Caroni, Taman Negara Cainama. Kenapa ia diiktiraf sebagai air terjun yang tertinggi di dunia? Kerana ketinggian yang mencapai 979 meter. Bolehkah kita bayangkan ketinggian ini? Ia lebih tinggi dari menara berkembar Petronas malah mengatasi ketinggian Burj Khalifa. Disebabkan ketinggiannya itu, air terjun mencecah ke bawah sebagai titisan air yang halus dan kabus. Mengikut sejarah, pertama kali ia ditemukan oleh penjelajah yang bernama Ernesto de Santa Cruz pada awal abad ke-20 tetapi air terjun ini masih tidak dikenali pada ketika itu. Namun, ia telah ditemukan kembali oleh penerbang Amerika Syarikat iaitu James Crafword Angle. Dari individu inilah air terjun ini telah diberi nama Angel.

Angel Fall kini menjadi daya tarikkan yang popular di Venezuela. Tetapi untuk sampai ke lokasi air tejun ini cukup susah dan anda perlu menggunakan perkhidmatan pesawat terbang dari Puerto Ordaz atau Ciudad Bolivar menuju ke Canaima Camp. Dari Canaima ini, perlu menyelusuri sungai Churun, Gauja dan Carrao. Perjalanan melalui sungai ini dengan menggunakan kayak akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.

-kebaya merah

Kisah Sungai nil


Menyingkap kembali sejarah, kisah ini pernah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu, Mesir telah jatuh ke tangan Islam sementara masyarakatnya masih banyak yang mengamalkan amalan yang bertentangan dengan syara’. Khalifah Umar lantas melantik Amru bin ‘Ash sebagai gabenor bagi menguruskan hal ehwal dan masalah di Mesir. Sehinggalah tiba satu bulan di mana tarikh 11 hb, sungai Nil semakin surut dan hampir kering kontang.

Sekumpulan penduduk datang menemui Amru bin’Ash. Lalu mereka bercerita,

“Wahai Amirul Mukminin, Sungai Nil ini boleh jadi kering kecuali kami penuhi permintaannya.”

“Jika begitu, apakah permintaannya?,” tanya Amru bin ‘Ash.

“Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun, kami akan mencari seorang anak gadis yang cantik rupa parasnya. Setelah orang tuanya setuju dan redha, kami akan menyuruh gadis itu berhias seelok mungkin. Selepas itu, kami akan melemparkan dia ke Sungai Nil sebagai korban. Selepas itu, barulah air Sungai Nil akan mengalir semula,” jelas mereka.

“Jangan, perbuatan itu dilarang oleh Islam. Kedatangan agama ini adalah bagi melenyapkan amalan buruk seperti ini. Bagaimanakah anda semua sanggup mengorbankan nyawa gadis yang tidak bersalah” sangkal Amru bin ‘Ash yang terkejut.

Perbincangan itu tidak mendapat kata sepakat. Amru bin ‘Ash melarang penduduk melakukan korban sementara penduduk hanya mampu bertahan buat seketika. Air Sungai Nil semakin menyusut dan tidak lagi dapat menampung keperluan rakyat seperti sebelum ini. Jika keadaan masih tidak berubah, mereka merancang akan berpindah ke wilayah lain.

Lama kelamaan, penduduk mula berpindah sedikit demi sedikit. Mereka percaya Sungai Nil tidak akan mengalir selagi mereka tidak menunaikan korban seorang gadis seperti sebelum ini. Melihat perkembangan itu, Amru bin ‘Ash mengirimkan sepucuk surat kepada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah. Dia memberi laporan mengenai masalah yang sedang dihadapi dan apakah yang perlu dilakukan.

Tidak lama kemudian, Amru bin ‘Ash mendapat surat balasan daripada Umar. Di dalamnya berbunyi,

“Tindakanmu itu benar wahai Amru, Islam memang datang untuk menghapuskan adat yang buruk seperti mengorbankan gadis ke Sungai Nil itu. Untuk mengatasi masalah ini dan demi kebaikan penduduk Mesir, aku sertakan bersama surat untuk kau lemparkan ke dalam Sungai Nil. Sesungguhnya, itu adalah surat daripadaku khas ditujukan buat Sungai Nil.”

Kerana rasa ingin tahu, Amru bin ‘Ash membuka surat yang ditujukan kepada Sungai Nil itu. Dilihatnya tulisan tangan Khalifah Umar yang berbunyi begini,

“Dari hamba Allah, Umar Amirul Mukiminin untuk Sungai Nil, sungai kebesaran penduduk Mesir. Amma ba’du."

“Jika engkau mengalir kerana kemahuanmu, janganlah engkau mengalir. Tetapi jika engkau mengalir kerana perintah Allah SWT, maka aku meminta kepada Allah Yang Maha Esa agar menjadikan airmu mengalir seperti biasa.”

Lantas Amru bin ‘Ash melemparkan surat itu ke dalam Sungai Nil. Ketika itu, penduduk Mesir sedang bersiap-siap untuk pindah ke negeri lain. Mereka berputus asa setelah melihat Sungai Nil yang menjadi sumber rezeki dan kehidupan mereka sudah hampir kering. Kebetulan, mereka akan menyambut perayaan Nasrani pada keesokkan harinya.

Kuasa Allah Taala mengatasi segalanya. Keesokan harinya, Sungai Nil mengalirkan airnya dengan deras. Malah, air sungai itu telah naik tujuh meter lebih daripada hari biasa. Ternyata, usaha Khalifah Umar dan Amru bin ‘Ash membuahkan hasil.

Sungai Nil amat sinonim dengan Mesir; dari kisah Nabi Yusuf dan Nabi Musa sehinggalah kisah Saidina Umar al-Khattab tadi yang mengisahkan kebergantungan penduduk Mesir kepadanya, penyelamatan daripada kezaliman dan juga pembawa kesyirikan serta kekufuran sekiranya tidak ditangani dengan kekuatan iman.

Pandangan Islam Mengenai Hantu


Dalam Islam, hantu sepertimana yang dipercayai oleh masyarakat Melayu itu sama sekali tidak wujud. Melalui perkhabaran daripada al-Quran dan sunnah, didapati apa yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu itu tiada kene mengena langsung dengan roh orang mati, sebaliknya ia adalah iblis,jin dan syaitan. Malah, mempercayai kewujudan iblis, jin dan syaitan termasuk dalam rukun Imanyang wajib diimani.

Ini kerana kewujudan iblis, jin dan syaitan disebut secara jelas di dalam al-Quran dan sunnah walaupun manusia tidak dapat melihatnya.

Ini bermakna mempercayai kewujudan kedua-duanya termasuk kedua-duanya termasuk dalam beriman kepada Allah, Kitab dan Rasul. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Dhariyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Begitu juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Khafi ayat 50 yang menjelaskan tentang asal usul syaitan daniblis: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:'Sujudlah kamu kepada Adam':lalu mereka sujud melainkan Iblis. Ia adalah berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh sebab itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat2 karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka musuh bagi kamu, amatlah buruknya bagi orang2 yang zalim; pengganti yang mereka pilih itu."

Manakala firman Allah s.w.t dalam surat al-Araf ayat 27 pula menjelaskan tentang sifat jin dan syaitan itu yang ghaib dan tidak boleh dilihat oleh manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang2 yg tidak beriman".


dipetik dari Majalah Al-Ustaz
Ruangan: Mohd Aizam Mas'od

Nota Kaki : Untuk bacaan lanjut sila klik di sini

Bukan nak petik mawar berduri tapi...


Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah fullpackage."



Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."Pemuda: "Kenapa abah?!

"Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah kak Bedah tu.
"Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya,.Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni.
"Pemuda: "Hm! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin,maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something, boleh tak?"
Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"
Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes , selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah.."

Suami: "Emm..insya-All ah.." (Rasa sebak dalam hati). Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar..

Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."
Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami.. Kita bukan nak petik mawar berduri tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.. Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga ke akhirnya. Yang jahil boleh jadi soleh dan solehah..

Segalanya mungkin..

Kredit penulisnya yang saya tak tahu siapa.

Isu Baju Neelofa : Kenapa enggan komen?

Lepas satu-satu cerita kontroversi yang mengaitkan nama pelakon jelita ini. Selepas dakwaaan ditangkap khalwat reda, namun sepanjang hujung minggu lalu nama Neelofa (Lofa) kembali ‘panas’ sekaligus menjadi bualan hangat ramai.
Semuanya kerana pada malam Sabtu lalu, Neelofa dipersendakan dalam laman sosial gara-gara baju monyet (jump suit) rona merah jambu yang disarungnya ketika acara pembukaan disamakan dengan karakter kartun Power Rangers.
Pakaian itu turut dikecam kerana didakwa seksi apabila menampakkan bentuk tubuh pelakon dan pengacara itu.
Kritikan terhadap pakaian Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa nampaknya berterusan apabila gaun neon hijau yang digayakannya dalam majlis itu juga disamakan dengan karakter animasi.
Bercakap kepada Berita Harian, Lofa mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas lanjut berhubung insiden itu.
“Keputusan penampilan Lofa pada malam itu membabitkan banyak pihak. Jadi Lofa tak mahu komen lanjut tentang perkara itu kerana banyak hati yang perlu dijaga”, katanya.
Ditanya adakah dia menyedari penampilannya pada malam itu menjadi bahan sendaan ramai di laman sosial, Lofa berkata, dia memilih untuk tidak membacanya, lapor Berita Harian.
“Lofa tak baca pun. Tapi Lofa dapat tahu apabila ramai teman menghantar WhatApps menunjukkan baju Lofa disamankan dengan karakter kartun”, katanya.

Resipi Aiskrim Goreng

Tengok iklan  aiskrim goreng dari Nestle nampak macam best. Saya cuba google resipi aiskrim goreng dan terjumpa resipi ini. Jom mencubanya.

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih [itu kalau nak buat 5 biji. Terpulang nak buat berapa banyak. Roti tu, tak kisah roti apa. Tapi sedap juga kalau guna roti gardenia ^^]
  • 5 scope aiskrim [means, satu scope untuk satu biji. Terpulang nak perisa apa]
  • Plastik [untuk balut roti]
  • Minyak [untuk goreng nanti

Cara-cara:

  • Lembabkan roti dengan air. [nak spray sikit-sikit ataupun nak gelekkan ke, tak kisah. Yang penting jangan sampai lembik sudah~]
  • Skopkan aiskrim ke atas roti.
  • Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.
  • Tekan acuan telur yang bulat tu [atau nak guna cawan plastik pun boleh, yang penting nak bagi bentuk, ikut citarasa, bulat ke, segi empat ke, etc] supaya roti terputus. [pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar]
  • Balut dengan plastik dan simpan dalam freezer selama 3 jam atau semalaman.
  • Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Jangan lama-lama, paling tidak seminit. Tapi pastikan minyak betul-betul panas.

-Tinta Permata

Noda hati yang perlu dielakkan

1. Noda  Buruk Sangka

 Tepislah noda ini seawal mungkin.
Jangan sesekali dibiarkan noda ini terus menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan bekas yang susah sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati.
Basmi noda ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif terhadap teman atau rakan dakwah
Apabila noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita akan menjadi seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara sesuka hati terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita.
Sebaliknya, kita akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah saudara.

2. Noda Cinta Dunia & Panjang Angan-Angan

Hapuskanlah noda ini dengan menyedarkan diri akan takutnya kematian yang mungkin datang secara tiba-tiba.
Kecintaan kepada hidup didunia akan menggiring kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan.
Diri akan terjerat dalam sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak akan bernoktah.
Kerana alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah senang-senang sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih berharga.
Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung yang menjulang.
Seolah tidak pernah ada  kata mati. Hidup dan terus hidup. Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba masanya jiwa direnggut dari raga.
Tidak pernah terfikir membuat persiapan menghadapi saat roh terpisah dari jasad.
 3. Noda Bangga Diri
Bersihkan wajah hati daripada noda ini dengan mengingati betapa segala yang kita miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap bahaya yang menimpa sesudahnya.
Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah pinjaman daripada Allah.
Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
kurniaan yang diberikan kepada kita jangan kemudian menyebabkan kita menjadi sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.
Sedarkan hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana kesombongan hati.
Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada kesombongan yang boleh membawa kepada kehancuran.
Kuatkan kesedaran itu, agar hati selalu tenang.
Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi daripada orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur yang boleh menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.

4.Noda Memperlekeh & Kurang Menghargai Orang Lain

Sikap ini sangat penting untuk dibersihkan daripada hati kita.
Kebiasaan masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan pakaian yang dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan perhiasan mewah yang menghiasi tubuh.
Noda ini akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri sehingga bertemu dengan orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah penampilannya, mereka akan cenderung untuk memandang rendah.
Sekarang cuba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita pandang.
Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar lepasan sekolah pondok? Cuba jawab dengan jujur
Kita akan mengetahui jawapannya, apakah kita sedang terkena noda ini atau tidak. Tepislah noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan mereka.
Siapapun dia, dia berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga diperlakukan sama dengan orang lain.
.5. Noda Dengki
Noda ini memang sangan menular dalam kalangan golongan remaja.
Terutamanya apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan sesuatu kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan itu.
 “Kenapa bukan saya? Kenapa dia?” 
Bersihkan noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT.Syukuri dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai nikmat terindah. Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa yang sesuai dengan diri kita saat ini

Jauhi Kedekut

Soalan: Apakah Islam mengiktiraf sifat kedekut? Apakah akibat bagi manusia kedekut, di dunia dan akhirat? Harap dapat penjelasan daripada ustaz.
Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan persoalan dan semoga Allah SWT memberikan saya kemampuan untuk menjawab persoalan ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan, sentiasa wujud di celah hati manusia itu satu penyakit yang bernama kedekut ini. Hakikatnya juga, kedekut adalah salah satu perangai manusia yang berkaitan dengan harta yang telah menghingapi manusia sejak dari zaman dahulu kala.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’: 100)
Lalu, apabila diuji dengan banyaknya harta, maka ada manusia yang tipis imannya akan menjadi manusia yang kedekut. Allah SWT menjelaskan lagi perihal ini di dalam al-Quran yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Alah, dan sesiapa yang berbuat seperti itu, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (al-Maidah: 9)
Oleh itu, Islam memang mengakui bahawa sifat kedekut ini ada dalam diri manusia. Maka, awal-awal lagi Allah SWT telah memberikan pesanan, agar manusia tidak menjadi kedekut dalam kehidupannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180)
Walau bagaimanapun, perangai kedekut ataupun bakhil ini masih mendominasi dalam diri kebanyakan manusia, sehingga menyebabkan mereka merasa begitu sayang untuk menafkahkan harta kekayaan mereka ke jalan-jalan kebajikan yang diredai Allah SWT. Misalnya, apabila mahu memberikan sedekah maka mereka memilih wang yang kecil sahaja jumlahnya. Mereka merasa tidak malu kepada Allah SWT, kerana diberikan rezeki yang banyak, mampu membayar saluran tv berbayar, bil telefon dan pelbagai lagi sehingga ratusan ringgit sebulan misalnya; namun untuk memberi sedekah RM10 sebulan pun terlalu berkira-kira.
Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sabda-Nya: “Jauhkanlah diri kamu daripada kebakhilan, kerana sifat bakhil itulah yang membinasakan orang-orang terdahulu. Sifat bakhil telah menyuruh mereka berbuat zalim, maka mereka melakukan perbuatan zalim. Sifat bakhil (juga) telah menyuruh mereka memutuskan tali kekeluargaan, maka mereka memutuskan tali kekeluargaan.” (Riwayat Abu Daud)
Apakah tidak zalim namanya, kerana sanggup membelanjakan wang dan harta ke jalan yang sia-sia, berhibur siang dan malam, makan dan minum secara berlebihan, membeli pakaian mahal tanpa keperluan dan sebagainya lagi; sedangkan pada masa yang sama masih ada saudara-maranya, jiran tetangga malah kaum kerabatnya yang mungkin memerlukan bantuan.
Bukankah semua ini, menzalimi dirinya kerana akan diheret ke neraka kerana melakukan pembaziran dan pada masa yang sama, menzalimi orang lain yang memerlukan? Apakah tidak mungkin, akan tercetusnya perasaan marah, benci dan sakit hati golongan ini andai mengetahui, wang si kaya dihamburkan tanpa sedikit pun diagihkan kepada mereka yang sering kelaparan dan kesusahan?
Maka, apakah akibat daripada sifat buruk kedekut dan bakhil ini? Sudah pasti kita perlu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menjustifikasikannya.
Pertama, orang yang kedekut dan bakhil ini boleh dianggap berdosa kepada Allah SWT. Ini selaras dengan apa yang disebutkan di dalam dalil di atas tadi (Ali Imran: 180) dan di akhirat, mereka bakal masuk ke dalam neraka, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: “Bentengilah diri kalian dari seksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma.” (Muttafaqun ‘alaih). Orang yang kedekut, maka tiada banteng api neraka pada dirinya.
Kedua, orang kedekut akan mendapat kesusahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik; maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.” (al-Lail: 8-10)
Ketiga, sifat kedekut boleh membinasakan diri dan manusia lainnya atau ummah keseluruhannya. Kerana ia mencetuskan sifat tamak haloba, hingga akhirnya mengambil harta yang bukan miliknya dan menidakkan hak orang lain. Hal ini boleh disandarkan kepada al-hadis di atas.
Keempat, manusia membencinya. Nabi Muhammad SAW menukaskan: “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Kelima, orang kedekut menjadi lalai hingga terus leka dalam mengumpulkan harta kekayaannya. Allah mengingatkan: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), hingga kamu masuk ke liang kubur.” (at-Takaathur:1-2)
Keenam, orang kedekut tidak mendapat keberkatan dalam hidupnya kerana kemungkinan besar hartanya bercampur baur dengan hak milik orang lain. Maka, dia tidak akan merasa bahagia, harta banyak rumahnya luas tetapi terasa tidak cukup dan sempit sekali hidupnya, justeru dia sudah di ambang kebinasaan. Allah SWT menyatakan: “Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan (dengan mengingkari perintah Allah) dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah ayat 195)
Ketujuh, kedekut mengundang kebinasaan sama ada di dunia (binasa hartanya) mahu pun akhirat (harta menyeretnya ke neraka), seperti diperingatkan oleh Nabi SAW, bahawa ada tujuh kebinasaan yang boleh menimpa manusia dan salah satu daripadanya adalah sifat kedekut (mafhum hadis riwayat an-Nasai).
Kelapan, orang bakhil dan kikir tidak mendapat pertolongan di dunia dan akhirat kerana mereka mengabaikan perintah Allah SWT, samalah seperti Qarun: “ Lalu Kami (Allah) benamkan dia (Qarun) bersama-sama dengan rumahnya ke dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya daripada azab Allah; dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” (al-Qasas: 81)
Kesimpulannya, perangai kedekut ini adalah penyakit hati yang amat merosakkan manusia, sama ada di dunia mahu pun akhirat. Malah, jika dikaji dengan lebih mendalam, masih banyak lagi kesan dan akibat buruk sifat kedekut ini ke atas diri manusia. Namun, untuk ruangan ini, rasanya apa yang dipaparkan di atas sudah memadai. Apa yang lebih utama, sudahkah kita bersedia untuk mengikis sifat kedekut dan belajar menjadi lebih pemurah dari sehari ke sehari. Wallahua’lam.
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang persoalan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau untuk info lanjut boleh layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my/.

TANDA, SEBAB DAN KESAN SOMBONG

Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.
Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”(Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.