Red Kebaya

Tolak sambut tahun baharu. Malaysia negara Islam tapi tetap membazir duit rakyat sambut Tahun baru.

BEBERAPA negara menolak sambutan tahun baharu kerana berpendapat, sambutan itu bercanggah dengan Islam.

Di Daghestan dan Azerbaijan, beberapa pergerakan Islam mengeluarkan kenyataan mengharamkan sambutan itu.

Mereka juga mengisytiharkan sambutan itu bukan sebagai cuti umum.

Di Indonesia, polis merampas ribuan mercun dan membuat pemeriksaan di kafe dan hotel selepas pihak berkuasa Banda Aceh mengharamkan sambutan tersebut buat kali pertama.

Pegawai polis Reza Kamilin berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan tersebut.

“Tiada aktiviti sambutan tahun baru. Pengharaman dibuat bagi melindungi moral orang ramai,” katanya, menurut laporan Agensi.

Di Arab Saudi, Okaz daily melaporkan, Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar atau Mutawaa mengeluarkan fatwa  supaya orang ramai tidak meraikan sambutan itu.
“Saudi mengikut kalendar Islam, bukan kalendar Gregorian” katanya.

Menurut kenyataan Ketua Mutawaa Abdulatif Abdulaziz al-Sheikh, larangan itu dibuat bagi mengelakkan maksiat dan menjaga aurat.

-Sinar Harian

Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi tetap meneruskan pembaziran semata-mata ingin menyambut kedatangan tahun baru. Pelbagai rentetan acara/program yang melalaikan dirangka, membawa masyarakat jauh dari nilai-nilai Islam. Tiada langsung inisiatif untuk menyemarakkan lagi penghayatan Islam terutamanya golongan muda untuk mencintai Islam. Yang dilihat golongan muda dan yang berkeluarga  membuang masa dengan hiburan sambil menunggu detik ketibaan tahun baru yang disambut dengan percikkan bunga api. itu sahaja?? Berapa kos untuk sambutan?rm15 juta? nilai itu patut mengenyangkan perut2, membantu dan meringankan kesusahan ribuan rakyat yang masih susah. 
- Kebaya Merah

0 comments :

Post a Comment