Red Kebaya

Matahari jika dilihat dari Pluto

Matahari 1000 kali kelihatan lebih malap jika dilihat dari planet pluto. Kenapa? Sudah tentu kerana jaraknya yang terletak jauh dari matahari.

Cryogenic high-resolution Infrared Echelle Spectrograph ( CRIRES ) dan Very Large Telescope ( VLT ), European Southern Observatory ( ESO ) kini mampu mengumpul data yang memungkinkan para saintis mengetahui matahari jika dilihat dari pluto.

Pluto merupakan planet kecil dalam sistem solar dan jaraknya adalah 40 kali lebih jauh dari jarak bumi-matahari. 

Dengan melakukan analisa dari kedua-dua sumber tadi, para saintis berpendapat matahari dilihat 1000 kali lebih redup dan dingin dari pluto. Keadaan ini berlaku kerana haba dan cahaya yang sampai ke permukaan pluto adalah jauh lebih sedikit, suhu yang dicatatkan pula adalah -220 darjah celcius.

Atmosfera pluto terdiri daripada gas mentana manakala permukaannya pula terdiri daripada metana beku sama ada dalam bentuk bongkah kecil mahupun lapisan nipis.

-kebaya merah


0 comments :

Post a Comment